Kita Adalah Kerajaan Untuk Semua Rakyat Sama Ada Rakyat Yang Menyokong Mahupun Menentang – Hadi

share on:

Kita Adalah Kerajaan Untuk Semua Rakyat Sama Ada Rakyat Yang Menyokong Mahupun Menentang – Hadi

Oleh: Faris Mahfuz

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa PAS akan bersikap adil terhadap semua rakyat sama ada yang menyokong mahupun menentang kerana PAS adalah ‘Kerajaan’ untuk semua rakyat tatkala diberikan mandat sebagai kerajaan.

“Ini kali yang ketiga kita menang di Terengganu. Kali pertama pada tahun 1959, negeri yang pertama menang ialah negeri Terengganu sebelum Kelantan menang. Kemenangan itu hanya bertahan sehingga tahun 1961 (2 tahun setengah).

“Kali kedua kita menang pada tahun 1999, kita menang 1 penggal. Kita telah berjaya menulis dalam perlembagaan negeri Terengganu, hukum tertinggi di Terengganu ialah al-Quran, Hadis, Ijma Ulama dan Qias.

“Apa yang kita pacak tidak berani dicabut oleh Barisan Nasional (BN) yang memerintah selepas kita. Masih ada lg peraturan ini.

“Sekarang, kita nak sambung balik dan nak laksanakan beberapa perkara diantaranya ialah menyelesaikan tanah rakyat, menghapuskan cukai pintu rumah kediaman dan menyelesaikan pelbagai masalah,” kata beliau.

Beliau menegaskan bahawa PAS akan menyambung balik perancangan yang dirancang oleh PAS untuk memajukan Terengganu sebelum ini dan akan membuat banyak perubahan sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto.

Beliau dalam masa sama mengharapkan kemenangan tersebut merupakan kemenangan yang dirahmati dan dikasihi oleh Allah.

Hadi berkata demikian semasa majlis pengumuman ‘Keputusan Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu’ bertempat di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang, Terengganu pada pukul 10.00 pm semalam.

Leave a Response