Hadi : Kalau Kami Berpeluang Bertemu Dengan Anda Semua

share on:

Hadi : Kalau Kami Berpeluang Bertemu Dengan Anda Semua

Oleh: Aishah Halim

Lintas Langsung Amanat Presiden PAS, Abdul Hadi kepada seluruh pengundi PRU 14 telah disiarkan di Facebook beliau semalam.

Abdul Hadi yang mewakili Gagasan Sejahtera (GS) menyatakan hasrat dan cita-cita untuk bersama-sama membentuk Malaysia Sejahtera.

Katanya, pelbagai masalah yang menjadi kebimbangan rakyat Malaysia sehingga mengancam negara dan rakyatnya kesan daripada rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa.

“Jika kami berpeluang untuk bertemu dengan anda semua di rumah atau dimana-mana sahaja, inilah yang ingin kami sampaikan.

“Keadaan masa kini, rakyat begitu terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi dan memeritkan.

“Lebih-lebih lagi selepas GST diperkenalkan menyebabkan inflasi meningkat.

“Pada masa yang sama, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi Malaysia pada tahun 2017 merosot daripada tangga ke 55 kepada tangga 62 daripada 180 buah negara.

“Ini ditambah lagi dengan kejadian jenayah & gejala sosial yang kian parah,” ulasnya.

Beliau menjelaskan bahawa semua permasalahan tersebut memerlukan kepada penyelesaian yang menyeluruh (holistik) dan reformasi sistem tidak cukup sekadar menurunkan seseorang atau menaikkan mana-mana individu.

Tambahnya, kesemua tawaran yang dikemukakan oleh GS merupakan sesuatu yang belum pernah terlakar dalam sejarah politik negara sekaligus membuktikan komitmen dan iltizam GS untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan negara.

Di akhir ucapan, beliau menyeru para pengundi agar bersama-sama membentuk Malaysia Sejahtera.

“Kami yakin ianya boleh dilakukan sekiranya anda semua memberi kami mandat supaya memerintah Malaysia,” ujarnya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1663693537049091&id=146911248727335

Leave a Response