Ustaz Syed Norhisyam : Pilih Pemimpin Berdasarkan Al-Quran dan As Sunnah

share on:

Ustaz Syed Norhisyam : Pilih Pemimpin Berdasarkan Al-Quran dan As Sunnah

Oleh: Faris Mahfuz

 

Pendakwah terkemuka, Syed Mohd Norhisyam al-Idrus menyatakan bahawa umat Islam mestilah menjadikan al-Quran sebagai rujukan dalam hal memilih pemimpin dan bukannya merujuk kepada media massa seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.

Katanya, Allah telah mengariskan beberapa panduan dalam Surah al-Hajj, ayat 41 berkenaan mereka yang layak dipilih sebagai pemimpin. Antaranya mendirikan solat, menunaikan zakat, ‘amar makruf’ dan mencegah kemungkaran.

“Apabila kita lantik (undi) mereka dan mereka membuat sebagaimana yang Allah nyatakan dalam al-Quran maka kita dapat tumpang saham pahala sebab kita tukang lantik mereka.” kata beliau.

Beliau menjelaskan bahawa Surah al-Ahzaf, ayat 66-67 telah memberi amaran kepada sesiapa yang silap memilih pemimpin. Ayat tersebut memberitahu tentang kisah penyesalan orang yang silap memilih pemimpin.

Ustaz Syed dalam masa sama menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar membuat pilihan yang terbaik pada esok hari berdasarkan panduan daripada al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Tags:

Leave a Response