UMNO Gagal Rampas Kelantan, Ku Li Ditempelak Oleh UMNO Kelantan

share on:

UMNO Gagal Rampas Kelantan, Ku Li Ditempelak Oleh UMNO Kelantan

Oleh: Faris Mahfuz

Penyandang DUN Paloh Datuk Nozula Mat Diah berkata kelewatan Tengku Razaleigh membantu BN Kelantan menyukarkan peluang parti itu menumbangkan PAS di kubu kuat parti Islam itu.

Pimpinan Umno Kelantan hari ini secara terbuka mengatakan mereka tidak perlukan penyandang Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah, kerana tokoh Kelantan itu “lewat bangkit” dan berkempen untuk Barisan Nasional.

“Umno Kelantan tidak perlu Tengku Razaleigh. Di saat getir ini, sepatutnya Tengku Razaleigh bangkit awal mencari kemenangan untuk Umno Kelantan tapi dekat pilihan raya baru dia bersungguh nak bantu BN.

“Sepatutnya dari awal tahun lagi beliau bersama Datuk Seri Mustapha Mohamed menggunakan aura beliau untuk Kelantan. Apabila lewat rakyat pun tak nak dengar apa yang BN nak cakap. Masa sudah suntuk.

“Mustapha sahaja bertungkus lumus tapi peringkat bahagian tak agresif. Mereka patut belajar daripada pengalaman dan mengubah Umno untuk pilihan raya umum ke-15,” kata beliau.

Pilihan raya kali ini menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara PAS, BN dan Pakatan Harapan (PH). Pada pilihanraya lepas PAS menang 32 kerusi DUN, BN 12 dan PKR 1, sementara di peringkat Parlimen, PAS menang 9 kerusi dan BN 5.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/07/ku-li-lewat-bangkit-kami-tak-perlukan-dia-kata-umno-kelantan/

Tags:

Leave a Response