SPR Sasar Umum Keputusan PRU-14 Sebelum 10 Malam
Oleh: Sofia Ali
Esok bakal berlangsung pilihanraya umum kali ke-14.
Setiap parti dan penyokong masing-masing terus giat menjalankan usaha kempen hingga saat akhir.
Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, semua pusat mengundi akan dibuka pada jam 8 pagi dan masa pengundian ditutup adalah berbeza-beza mengikut lokasi pusat mengundi.
Perkara tersebut berlaku kerana perbezaan jumlah pengundi di setiap pusat pengundia.
Manakala waktu pengundian akan ditutup sepenuhnya pada jam 5 petang.
Mohd Hashim menjangkakan keputusan PRU kali ini akan diumumkan selewat-lewatnya pada jam 10.00 malam.
“Sekiranya dapat keputusan awal, SPR akan umum awal. Harap-harap (keputusan) dapat umum sebelum jam 10 (malam),” katanya kepada NSTP, hari ini.