Presiden GAMIS Seru Menangkan Suara Islam Dalam Parlimen

share on:

Presiden GAMIS Seru Menangkan Suara Islam Dalam Parlimen

Oleh : Mohd Fadzil

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS), Saudara Faizuddin Mohd Zai semalam menyatakan sikap dan pendirian untuk menggerakkan tsunami Melayu Islam dalam PRU 14 kali ini.

“Rayuan kami kepada anda semua, tolong manfaatkan dan bekerja untuk kemenangan Islam.

“Kami selaku anak muda merayu sungguh-sungguh. Tolong gunakan pengaruh anda, gunakan kuasa anda.

“Gunakan tenaga yang kalian ada. Tolong bantu untuk menangkan Islam dalam Parlimen,”ujar beliau.

Tambahnya, momentum baru perlu diwujudkan bagi mengangkat pemimpin yang tegas dan berprinsip dalam mendaulatkan Islam.

“Kami tak sanggup untuk mewarisi negara yang mengangkat polisi dan dasar yang tunduk kepada aliran pemikiran liberal, yang ingin menjatuhkan institusi agama. Inilah rayuan kami,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili anak muda dan suara mahasiswa dalam Himpunan Deklarasi Pimpinan NGO dan Tokoh NGI, Tsunami Melayu-Islam anjuran Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) semalam.

Selain itu, beliau juga berkata lebih 3.6 juta anak muda tidak mendaftar sebagai pemilih pada PRU 14 kali ini.

“Menunjukkan sistem pendidikan negara kita tidak mempunyai ruh untuk membangunkan jati diri umat Islam dan sayangkan negara.

“Ditambah pula dengan hutang PTPTN, seramai 663,000 anak muda masih belum mampu membayar hutang tersebut. Hampir 500,000 daripadanya adalah Melayu Islam,”ulas beliau.

Sumber:

Leave a Response