Misteri Jumlah Penonton Facebook Live Video Yang Tinggi

share on:
Misteri Jumlah Penonton Facebook Live Video Yang Tinggi

Ekoran pendedahan bahawa terdapat parti tertentu yang ‘membeli penonton’ untuk memanipulasi Facebook Live sewaktu ceramah mereka, seorang pemimpin sebuah parti telah disyaki menggunakan taktik sedemikian.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang bertanding kerusi Parlimen Muar, telah disyaki ‘membeli penonton’ untuk sesi ceramah di kawasan berkenaan.

Pemerhatian telah dilakukan terhadap empat Facebook Page iaitu Syed Saddiq’s official page, Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad; ShowKit and Kelab Che Det  mendapati jumlah penonton bagi kesemuanya masing-masing sebanyak 15,000 pada waktu yang sama.

Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, Fello Kajian Saraf Maklumat dan Media UITM berkata adalah mustahil untuk mendapatkan jumlah penonton yang sama bagi platform yang berbeza, yang mana ini mungkin diakibatkan oleh penggunaan teknik pemasaran dan pengiklanan digital.

Tags:

Leave a Response