‘Mati Katak’: Serlah kebencian Tun M

share on:

‘Mati Katak’: Serlah kebencian Tun M

SUNGGUH, menitis air mata saya bila kalimat jahat keluar dari lidah seorang lelaki 93 tahun yang mengatakan “Syuhada Memali mati katak”.

Belum padamkah kebencianmu kepada mereka yang engkau bunuh itu wahai Tun?

Sudahlah mereka engkau bunuh penuh kejam. Tanpa belas kasihan kepada isteri-isteri mereka dan anak-anak mereka yang masih mengharapkan kasih seorang suami dan bapa.

Kini engkau jirus lagi luka itu dengan cuka. Kalau itulah sikap dan kata-katamu Tun, bermakna hati perut kamu memang sangat keras dan kejam. Berpuluh tahun masa berlalu, kamu masih gagal memahami perasaan keluarga mereka yang ditinggalkan.

Saya tidak nampak di mana letaknya taubat Tun yang dibanggakan oleh para ahli-ahli PH. Moga ucapan jahat Tun itu menghilangkan beribu undi untuk PH di seluruh negara.

Allah dan Rasul-Nya benci dengan ucapan seperti itu. Bila Allah dan Rasul benci maka seluruh tentera-Nya akan benci. Mampukah Tun dan penyokong-penyokongnya berperang dengan tentera Allah?

Ambillah iktibar wahai Tun. Sejauh itu Allah telah memberi amaran, kamu masih gagal membaca isyarat-Nya.

Dari kedudukan seorang PM, Allah jatuhkan martabatmu menjadi khadam DAP dan PKR yang kamu musuhi sekian lama.

Kini kamu terpaksa berpaut dan melutut kepada mereka berdua, lebih-lebih lagi bila parti kamu gagal didaftarkan. Kamu kembali menjadi orang yang memburu secebis jawatan. Tidak jauh beza lagi dengan ketua-ketua Cawangan yang berebut jawatan AJK Bahagian.

Saya tidak pernah kisah dengan taubat kamu, kerana itu urusan kamu dengan Allah. Tapi saya kisah dengan kelakuan dan kata-kata kamu yang biadap. Saya bukan keluarga Syuhada Memali.

Tapi darah perjuangan mereka ada dalam hati dan roh saya. Saya tetap merasa sakit dengan ketajaman lidah kamu.

 

Nukilan Ustaz Mokhtar Senik

 

Tags:

Leave a Response