Manipulasi Data, Beli Views Oleh Parti Tertentu Supaya Kelihatan Dapat Sambutan

share on:

Manipulasi Data, Beli Views Oleh Parti Tertentu Supaya Kelihatan Dapat Sambutan

Oleh: Faris Mahfuz

Felo Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin mendakwa terdapat Parti politik tertentu dikesan membeli ‘penonton’ untuk memanipulasi Facebook (FB) Live ketika penganjuran ceramah mereka.

Beliau menjelaskan hal tersebut bertujuan meningkatkan jumlah tontonan untuk membina persepsi, kononnya lebih popular dan berjaya menguasai media sosial. Tindakan terbabit juga dibuat bagi mewujudkan ‘winning psyche’ atau rasa menang.

Beliau mengesan teknik tersebut menerusi satu ceramah politik anjuran sebuah parti yang berlangsung di Jerlun, Kedah, apabila pautan FB Live acara itu dikongsi menerusi tiga akaun FB berbeza.

“Ketiga-tiga akaun FB yang dibuka secara berasingan ini, berkongsi satu persamaan iaitu jumlah penontonnya. Jika kita teliti ceramah di Jerlun yang disiarkan menerusi tiga akuan FB berbeza, mempunyai penonton seramai 14,000.”

“Maksudnya, ada 14,000 menonton juga ketiga-tiga FB ini secara serentak. Secara logiknya, apabila kita menonton FB Live, adakah kita akan membuka tiga saluran sekali gus. Gambarannya, seolah-olah anda sedang menonton tiga saluran televisyen serentak,” kata beliau.

Berdasarkan kaji selidik yang dibuat, beliau menyatakan tawaran dibuat menerusi ‘pasar gelap’ internet yang menawarkan perkhidmatan menjual tontonan atau penonton FB Live. Pakej tersebut menawarkan harga yang dijual sekitar AS$14 (RM55.17) sehingga AS$149.98 (RM591) bagi 100 hingga 1,000 penonton.

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/421884/parti-politik-dikesan-beli-penonton-manipulasi-fb-live

Tags:

Leave a Response