Lim Guan Eng Terus Perlekeh Parti Islam PAS Kata Parti Tu Tak Akan Menang

share on:

Lim Guan Eng Terus Perlekeh Parti Islam PAS Kata Parti Tu Tak Akan Menang

 

Kurang 24 jam sebelum tempoh pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), DAP sekali lagi menyerang Pas apabila mendakwa parti itu tidak mungkin akan menang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pertarungan utama yang akan berlangsung sengit hanya membabitkan Barisan Nasional (BN) dan gabungan pembangkang PKR.

Seakan-akan memperkecilkan Pas, Guan Eng juga menyifatkan Pas tidak akan menjadi ‘ king maker’ (penentu) malah sukar untuk mempertahankan Kelantan.

“Seperti kata Tun Dr. Mahathir Mohamed, undi untuk Pas hanya sia-sia dan saya ingin nyatakan, kemasukan Nik Omar (Nik Abdul Aziz) ke dalam gabungan pembangkang PKR telah memberi kekuatan baharu kepada kami di Kelantan, ” katanya dalam sidang akhbar tergemparnya di Wisma DAP, di sini hari ini.

Sementara itu, seolah-olah menyedari keberkesanan kempen Barisan Nasional (BN) negeri yang menggunakan pendekatan berhemah dalam merayu undi untuk mendapat kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi melaksanakan fungsi semak dan imbang, Guan Eng berharap gabungan pembangkang PKR dapat mempertahankan 30 kerusi yang dimiliki mereka ketika ini.

“Sekiranya kita kehilangan walaupun satu kerusi, ia akan menjejaskan usaha kerajaan negeri membangunkan kemudahan infrastruktur di negeri ini, ” katanya.

Difahamkan, DAP negeri kini sedang dilanda kebimbangan kemungkinan akan hilang beberapa kerusi DUN berdasarkan kemerosotan sambutan sehingga 30 peratus dalam program ceramah mereka.

Malah, DAP juga berdepan gelombang kemarahan penduduk khususnya membabitkan isu kerosakan alam sekitar seperti pemberian kelulusan kepada projek-projek lereng bukit dan pencerobohan hutan yang berleluasa. – UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/politik/pas-tidak-akan-menang-guan-eng-1.667827

Tags:

Leave a Response