Gempar! Manipulasi Data dan Beli Viewer Untuk Cetus Penonton Palsu

share on:

Gempar! Manipulasi Data dan Beli Viewer Untuk Cetus Penonton Palsu

 

PETALING JAYA: Khairul Azwan Harun dan Pengarah Jabatan Strategi Komunikasi, Eric See-To telah berkata sokongan terlalu tinggi oleh penonton terhadap siaran langsung ceramah Pakatan Harapan (PH) diragui. Beliau berkata empat siaran langsung FB di tempat yang berasingan telah mendapat jumlah penonton yang sama pada satu-satu masa.

 

See-To berkata penonton Facebook boleh dibeli pada harga RM 600,000 untuk 200,000 penonton dan RM 30 juta untuk 10 juta penonton. Beliau mendakwa kemungkinan besar ada campur tangan orang asing yang mempengaruhi pengundi rakyat Malaysia melalui taktik demikian.

 

“Kita tidak mahu sesiapa mencerobohi kita punya demokrasi. Serahkan kepada rakyat Malaysia.” kata beliau.

Tambahan pula, Khairul menegaskan bahawa PH memanipulasi data untuk menampakkan mereka mendapat sokongan kuat daripada orang awam.

 

“Saya mengharapkan orang ramai tidak ditipu,” kata beliau.

Tags:

Leave a Response