Adakah Akan Muncul Gelombang Yang Mengubah Terengganu?

share on:

Adakah Akan Muncul Gelombang Yang Mengubah Terengganu?

Terengganu muncul sebagai negeri yang menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Barisan Nasional (BN) mempunyai majoriti yang sedikit dalam membentuk kerajaan negeri Terengganu, perpecahan yang berlaku dalam UMNO Terengganu dan Menteri Besar Terengganu yang kurang popular telah menyebabkan wujudnya persaingan sengit dengan parti pembangkang.

Ianya kali pertama dalam sejarah sejak tahun 1999 di mana keadaan sosio-politik telah menyaksikan kematangan parti pembangkang iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang berjaya mengawal keseluruhan negeri Terengganu.

Walaupun negeri Terengganu telah melihat kemajuan pelbagai projek infranstruktur seperti zon perdagangan bebas di Tasil Kenyir dan pembinaan semula Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, masih ramai penduduk negeri Terengganu mengadu tentang kenaikan kos sara hidup terutamanya dek pengenalan cukai GST.

Kemajuan Projek Mammoth telah menerima kritikan bahawa projek tersebut tidak memberikan manfaat kepada penduduk tempatan.

Seorang pemimpin pembangkang, PAS mendakwa pembangunan hartanah di Terengganu tidak diselesaikan dengan bijak.

Beliau menyatakan bahawa banyak pejabat baru dan hartanah kediaman kekal tidak didiami.

Politik UMNO dalam negeri Terengganu telah menyaksikan kerajaan BN hampir tewas pada tahun 2016 apabila mantan Menteri Besar, Ahmad Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO membuat undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif.

Campur tangan pada saat akhir daripada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak menyelamatkan kerajaan Terengganu daripada jatuh kepada pihak pembangkang.

Pemilihan calon dalam pilihan raya yang akan datang kelihatan mengimbangi posisi Menteri Besar seperti banyak muka lama dalam UMNO Terengganu termasuklah Datuk Ahmad Said yang dikekalkan sebagai calon.

Langkah sedemikian akan menjadi sengit untuk UMNO, di mana pengundi anak muda akan menjadi sebahagian besar pemilih telah mengadu bahawa mereka tidak menyukai calon ‘kitar semula’ di mana calon tersebut tidak memahami aspirasi anak muda.

Tags:

Leave a Response