50 Institusi Pondok Seru Sokong Parti Bawa Agenda Islam

share on:

50 Institusi Pondok Seru Sokong Parti Bawa Agenda Islam

Oleh: Faris Mahfuz

Mantan Pengetua Pusat Pengajian Pondok Kandis, Tuan Guru Sheikh Wazir Che Awang menyatakan bahawa 50 Institusi Pondok Negeri Kelantan sepakat mendokong kepimpinan kerajaan negeri sekarang.

Tegasnya, seorang Islam wajib menyokong arti yang membawa agenda Islam.

“Adalah menjadi kewajiban kita sebagai seorang Islam kena sokong parti yang membawa wadah Islam.

“Saya juga berharap bekas-bekas pelajar pondok yang berada di luar hendaklah pulang pada 9 Mei ini bagi mempertahankan kerajaan negeri.

“Kita sebagai seorang Islam wajib kena undi parti Islam,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian di hadapan pimpinan kerajaan negeri dan 50 institusi pondok pada program ‘Ijtimak Pondok Kelantan 2018’ yang diadakan di Bachok baru-baru ini.

 

Tags:

Leave a Response