Zaharuddin : Ratib UG Terkubur Dengan Hujah Ini

share on:

FITNAH PAS BERGABUNG DENGAN UMNO

Oleh:Zaharudin Muhammad | TYDP PAS Sungai Buloh (P107)

Antara respon yang banyak diterima diperingkat pengundi ialah PAS mahu bergabung dengan UMNO. Ratib ini sudah dimulakan sejak tahun 2007 oleh jentera pro-DAP melalui isu UG. Tetapi sehingga kini tiada pun PAS dan UMNO bergabung sekalipun mereka yang mendakwa penentang-penentang UG sudah keluar daripada PAS sejak 3 tahun yang lalu.

Media dan cybertrooper pro-PH membina persepsi ini berasaskan kepada isu- isu berikut:

Multaqa: Tuan Guru Hj Abdul Hadi (TGHH), Presiden PAS dilihat ‘mesra’ dengan DS Najib tun Razak (PM).

Jawapan: Program ini adalah program anjuran NGO di mana TGHH dan PM dijemput sebagai tetamu VIP dan pemberi ucapan utama. Program ini adalah program untuk maslahah penyatuan dan kepentingan ummah khususnya penyatuan alumni-alumni Al-Azhar. Ia bukan program UMNO dan kepartian.

Jika benar ianya bukti PAS mahu bergabung dengan UMNO, kenapa tohmahan yang sama tidak dilemparkan kepada DAP justeru Lim Guan Eng yang dilihat sangat mesra dan berpelukan dengan PM dalam satu majlis di Penang? (Lihat gambar di dalam link di bawah). Jika dikatakan program LGE dengan PM adalah demi kepentingan rakyat, maka program multaqa juga adalah demi kepentingan rakyat dan lebih penting lagi ialah kesatuan umat Islam atas nama Islam.

(http://www.tv14.my/…/rumah-untuk-rakyat-antara-tindakan-na…/)

Terima Dana 90 Juta daripada UMNO yang diviralkan dan diratib tanpa henti sehingga ramai percaya bahawa PAS mempunyai hubungan dengan UMNO.

Jawapan: Tuduhan PAS menerima dana UMNO sebanyak RM90 juta ini sama sekali tidak berasas disebabkan apabila apabila Mahkamah di UK menolak kenyataan pembelaan “truth defence” Sarawak Report (SR) dan permohonan Clare (penulis SR) untuk meminda pembelaan. Audio Ustaz Nik Abduh yang dicanang-canangkan sebagai bukti kuat juga telah ditinggal-biarkan (abandoned) oleh SR sebagai bahan bukti.

(http://www.harakahdaily.net/…/6449-sarawak-report-hancur-mu…)

Sebagai tambahan, sehingga kini tiada satu perkataan pun daripada TGHH dan pemimpin-pemimpin tertinggi parti untuk bergabung dengan UMNO. Sebaliknya, PKR, DAP dan PAN secara jelas bersedia bekerjasama dengan UMNO. Lim Kit Siang pada 7 Februari 2015 telah mengeluarkan kenyataan bahawa DAP sedia bekerjasama dengan BN.

(Lihat: https://www.roketkini.com/…/dap-sedia-kerjasama-dengan-sem…/).

PKR juga pernah menyuarakan untuk kembali bergabung dengan UMNO. Perutusan Khas oleh Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan pada 26 Januari 2014 di Sunway Hotel, untuk bekerjasama dengan UMNO. Usaha PKR ini tidak berjaya justeru PAS enggan untuk menyertainya sekalipun dipujuk berkali-kali oleh pihak UMNO dan PKR.

(Rujuk: http://www.keadilandaily.com/ke-arah-konsensus-nasional-…/m/)

Parti Amanah Negara (PAN), juga telah mengeluarkan kenyataan yang sangat jelas untuk bekerjasama dengan UMNO di johor. Perkara ini jelas diutarakan di dalam media oleh Salahudin Ayob, Timbalan Presiden PAN, bahawa “Pemimpin pembangkang Melayu Johor bersedia untuk mengetepikan perbezaan antara mereka dan Umno, dan duduk bersama”.

(Rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/403276)

Bukti PAS konsisten melawan UMNO cukup banyak. Antaranya PAS meletakkan calon melawan UMNO di kerusi-kerusi yang UMNO bertanding di seluruh Malaysia, manifesto PAS yang banyak menyanggahi dasar pentadbiran UMNO seperti GST, PTPTN dan lain-lain.

Sebagai akhirnya, PAS tidak boleh dituduh ingin bersama UMNO semata-mata PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang (PH) justeru tidak menyertai mereka bukan kerana PAS ingin bersama UMNO, tetapi PAS melihat mereka tidak kurang bahaya berbanding UMNO BN terutamanya apabila pemimpin-pemimpin mereka terlibat dengan tuduhan rasuah.

Berpecah dengan PKR berpunca daripada usaha pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) melalui Kajang Move. Semua ini berpunca daripada isu wang rakyat yang enggan diserah kepada parti oleh TSKI.

(http://www.sinarharian.com.my/…/saya-dipecat-kerana-enggan-…)

Yang paling membimbangkan PAS ialah sikap DAP yang jelas menjejaskan kepentingan Islam dan umatnya serta keterlibatan dan pengaruh budaya LGBT, Liberal dan anti islam di dalam pakatan harapan.

Sekian.

Like dan Share:
https://web.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1916076285089464&id=312456128784829

https://berita.pas.org.my/fitnah-pas-bergabung-dengan-umno/

Leave a Response