Wan Saiful – From Hero To Zero

share on:

 

WAN SAIFUL – FROM HERO TO ZERO

PENDANG: Ketika mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 1 Mac baru-baru ini, nama Wan Saiful hebat diperkatakan sebagai seorang yang bakal menjadi tokoh politik hebat negara. Apa tidaknya, sebagai seorang penganalisa dari pusat kajian tempatan bernama IDEAS, beliau juga mempunyai pengalaman pernah terlibat dengan Parti Konservatif UK, maka sudah tentulah banyak lonjakan baru yang boleh diberikan kepada BERSATU.

Wan Saiful juga bangga mendedahkan bahawa beliau merupakan ahli seumur hidup PAS serta pernah memimpin gerakan pelajar yang menyokong PAS sewaktu beliau berada di UK suatu ketika dahulu. Tentulah Wan Saiful akan menjadi peluru emas bagi BERSATU sekiranya beliau diletakkan bertanding melawan calon PAS dalam PRU14.

Memang benar Wan Saiful akhirnya terpilih menjadi calon BERSATU dalam PRU14. Tapi pilihan BERSATU ini bukan sekadar pilihan malah ia hakikatnya satu cabaran buat Wan Saiful. Wan Saiful diletakkan bertanding di kawasan PAS paling kuat di dunia. Maka buktikanlah kehebatan kamu sebagai bekas “mursyid” pelajar PAS suatu ketika dahulu.

Tidak sampai seminggu selepas penamaan calon, nama Wan Saiful lenyap dalam dunia media sosial. Pendang bukan pentas bagi Wan Saiful yang selama ini bergelanggang di dunia maya. Beliau terpaksa mula dari kosong. Nak berhadapan pula dengan calon anak jati Pendang yang sudah sekian lama berpengalaman dalam politik. Tentu sahaja akan pincang, tersungkur dan terkubur kerjaya politiknya di Pendang.

Itulah kisah Wan Saiful. From Hero To Zero.

Leave a Response