“Tak Payah Kata La Ilaha Illallah, Muhammad Rasulullah, Kata Saja ‘Duit’…. – Tun M

share on:

“Tak Payah Kata La Ilaha Illallah, Muhammad Rasulullah, Kata Saja ‘Duit’…. – Tun M

Oleh : Mohd Fadzil

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir mempersenda PAS dalam program Jelajah Pakatan Harapan di Padang Sera, semalam.

Beliau mendakwa PAS hari ini bukan lagi seperti dahulu kerana sudah dikaburi wang ringgit walaupun beliau sendiri tidak mempunyai bukti dan fakta berkaitan perkara tersebut.

Memetik rakaman video ucapannya, beliau dilihat seolah olah mempersoalkan mengenai cara PAS membawa Islam bahkan lebih teruk lagi ianya turut dianggap menjadikan Islam sebagai bahan senda gurau.

“Dulu (PAS) kata UMNO kafir, tetapi lani (sekarang) UMNO bagi duit, jadi (UMNO) Islam balik la.

“Nak jadi Islam bukan kena ucap dua kalimah syahadah, tak payah kata La Ilaha Illallah, Muhammad Rasulullah, kata saja “duit.

“Bila nampak duit boleh la jadi Islam.

“Islam sudah dijual dengan harga yang cukup murah, sedangkan al-Quran berkali-kali mengingatkan jangan kamu jual ayat-ayat kami ini untuk keuntungan yang sebegitu,” katanya.

Terdahulu, dalam ceramahnya di tempat yang lain calon PKR bagi kerusi Parlimen Langkawi itu juga turut menggelar Presiden PAS sebagai kafir dan munafik.

“Dulu PAS miskin kena kerabat (panjat) pokok nyior (kelapa) nak pasang bendera, tetapi lani (sekarang) boleh upah orang sebab banyak duit…mana dapat duit? UMNO bagi la sebab kawan baik.

“Ini semua karut sahaja dan (PAS) guna agama untuk pancing undi,” katanya.

Leave a Response