BN Sediakan 610 Pengangkutan Untuk Penduduk Kampung Pada 9 Mei

share on:

BN Sediakan 610 Pengangkutan Untuk Penduduk Kampung Pada 9 Mei

Oleh: Faris Mahfuz

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Seri Wan Amizan Wan Razak yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) Dun Tahan menyatakan sebanyak 610 pengangkutan darat mahupun air disediakan bagi kemudahan pengundi terutamanya untuk 10 kampung di Hulu Tembeling dan Dun Tahan.

“Sebahagian besar pusat mengundi di Hulu Tembeling dibuka pada jam 8 pagi dan tutup pada jam 1 tengah hari. Pengangkutan yang disediakan ini untuk kemudahan penduduk.”

“Justeru penduduk Dun Tahan dinasihatkan keluar mengundi awal dengan membawa kad pengenalan masing masing.”

“Kerajaan akan terus melaksanakan pembangunan di Hulu Tembeling dan berhasrat menjadikannya sebagai hab pertanian terbesar di Jerantut dan Pahang barat khasnya,” kata beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa beliau yakin pengundi akan terus memberikan sokongan kepada BN pada PRU-14. Beliau berkata demikian di Kampung Gajah Mati Padang Piol kelmarin.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/bn-sedia-khidmat-pengangkutan-1.830852

Tags:

Leave a Response