Tun Masih Sembunyikan Isu Sebenar Pembunuhan Memali – Soal Ustaz Tuan

share on:

Tun Masih Sembunyikan Isu Sebenar Pembunuhan Memali – Soal Ustaz Tuan

Oleh: Asmaa 

Tun Mahathir menyatakan permohonan maaf selepas mendapat kecaman netizen apabila beliau menyifatkan mangsa kematian peristiwa Mamali sebagai mati katak.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man semalam menyatakan bahawa PAS menerima permohonan maaf itu walaupun tindakan tersebut sangat biadap.

“PAS menerima permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad diatas keterlanjuran beliau menuduh kematian mangsa Memali sebagai mati katak.

“Walau bagaimanapun ada persoalan pokok yang lebih besar yang masih belum diselesaikan oleh Tun M, iaitu kedudukan sebenar peristiwa Memali.

“Oleh itu, PAS tetap dengan pendirian bahawa RCI diperlukan bagi memastikan keadilan kepada seluruh keluarga mangsa Memali,” jelas beliau.

Memetik kenyataan sama, Tuan Ibrahim berkata Tun M telah membuat pelbagai siri tuduhan berkenaan isu ini termasuk menuduh polislah yang bertanggungjawab membunuh mangsa Memali.

Tambahnya, keterangan Tun Musa Hitam mengenai arahan Tun M ketika itu juga diperlukan untuk membongkar isu secara telus dan terang.

“Semua tuduhan ini perlu disiasat dan diperjelaskan termasuk siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab memberi arahan kepada operasi itu.

“RCI juga perlu memastikan mereka yang bersalah dan bertanggungjawab dibawa ke muka keadilan dan diambil tindakan,” ulasnya.

Leave a Response