“Mufti Jangan Campur Urusan Politik, Mufti Fokus Bab Agama Sahaja” – Daim

share on:

“Mufti Jangan Campur Urusan Politik, Mufti Fokus Bab Agama Sahaja” – Daim

Oleh: Faris Mahfuz

Mantan Perdana Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menasihati semua mufti di Malaysia supaya jangan terlibat dengan politik.

“Serahkan hal politik kepada orang politik. Bidang kuasa Mufti hanya bagitahu orang ramai supaya berada di jalan yang betul (agama).”

“Ini bukannya masa untuk fatwa tetapi masa untuk bagi rakyat Malaysia memilih kerajaan yang mengambil berat untuk mereka,” kata beliau.

Beliau juga memohon rakyat Malaysia supaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) atas hujah kerajaan BN telah mengabaikan rakyat.

Beliau berkata demikian semasa ceramah di Kampung Parit Yusuf. Beliau menyeru penduduk supaya mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Yeoh Bee Yin.

 

https://www.malaymail.com/s/1627724/tun-daim-to-muftis-leave-politics-to-politicians

Tags:

Leave a Response