Keluarga Al Marhum Nik Aziz Halang Tun Ambil Kesempatan Politik Ke atas Pusara

share on:

Keluarga Al Marhum Nik Aziz Halang Tun Ambil Kesempatan Politik Ke atas Pusara

Dr Mahathir terus mencetuskan kontroversi dan membangkitkan emosi seterunya sejak dahulu PAS.

Setelah menggelarkan para syuhada’ memali sebagai ‘Mati Katak’ dan melawat pusara Allahyarham Datul Fadzil Noor, Dr Mahathir cuba pula menziarahi pusara Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Berikutan perkara ini, Nik Adli yang merupakan anak kepada bekas Mursyidul Am PAS itu telah berkumpul bersama penyokongnya bagi menghalang lawatan yang ingin dibuat Dr Mahathir.

“Ya, Keluarga tak izinkan,” katanya.

Beliau juga menegaskan lawatan itu dibuat selepas pilihan raya umum nanti kerana Dr Mahathir disyaki mempunyai kepentingannya tersendiri dengan menggunakan nama orang yang telah meninggal dunia.

Namun begitu, menurut Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa, lawatan itu akan ditangguhkan selepas Pilihan Raya Umum nanti.

“Kita tangguh dahulu buat masa ini untuk mengelak sebarang perkara tidak diingini.

Tags:

Leave a Response