Kajian Lapangan: Tsunami Hijau Mula Bentuk Gelombang Disaat Akhir?

share on:

Kajian Lapangan: Tsunami Hijau Mula Bentuk Gelombang Disaat Akhir?

Oleh: Aishah Halim

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marsuki dalam kenyataan bertarikh 6 Mei mengemukakan hasil tinjauan lapangan yang dijalankan oleh PPP berkaitan Tsunami Hijau.

Katanya, tinjauan tersebut melibatkan jentera akar umbi PAS di seluruh negara bermula hari penamaan calon, 28 April sehingga semalam, 5 Mei.

Dr Zuhdi menyatakan hasil tinjauan membuktikan berlakunya perubahan besar-besaran pengundi Islam kepada PAS dan Gagasan Sejahtera sekaligus membenarkan pandangan yang pernah dikeluarkan oleh Prof Hoo Kee Ping pada 21 April yang lalu.

Tambahnya lagi, tsunami Hijau itu menunjukan bahawa PAS mempunyai peluang yang besar menghadapi PRU kali ini walaupun diperlekehkan kerana tidak bersama mana-mana komponen parti politik yang lain.

“Tsunami Hijau yang berlaku ini memungkinkan PAS memenangi sebahagian besar dari 128 kerusi parlimen yang bermajoriti besar pengundi Islam melebihi 70%, khususnya di negeri lingkaran Melayu dan kawasan bandar.

“Selain daripada kerusi-kerusi bermajoriti besar pengundi Islam, dengan Tsunami Hijau ini PAS ada peluang memenangi kerusi campuran yang ditandingi oleh calon-calon bukan Islam mewakili BN dan PH,” tulis beliau.

Tags:

Leave a Response