Di Mana Malaysia 5 Tahun Akan Datang?

share on:

Di Mana Malaysia 5 Tahun Akan Datang?

Oleh: Aliaa Meor

Saudara Shahir Adnan yang merupakan calon untuk Parlimen Subang menjelaskan kesudian beliau bertanding dalam PRU-14 dalam sebuah wawancara e-Town Hall Anak Muda Siri ke-4, semalam.

“Saya menerima untuk menjadi calon di bawah Gagasan Sejahtera untuk memenuhi aspirasi anak-anak muda seterusnya membentuk Malaysia yang lebih baik,” ujar beliau.

Ulas beliau, Gagasan Sejahtera menghantar seramai lebih 40% calon daripada anak-anak muda sekaligus membuktikan Gagasan Sejahtera lebih serius untuk membawa anak-anak muda lebih terkehadapan berbanding parti-parti yang lain.

Turut bersama dengan beliau ialah Dato’ Jonathan Lim yang bertanding di DUN Kinrara; menyatakan kesedihannya terhadap keadaan Malaysia yang dipenuhi dengan skandal dan pelbagai masalah.

“Dalam kerjasama Gagasan Sejahtera, PAS sanggup terima parti-parti yang lain untuk menuju satu visi yang sama iaitu mencipta sebuah negara dan satu kerajaan yang berintegrasi serta mengikut perubahan masa.

“Yang paling penting, kita inginkan kerajaan yang bebas rasuah,” katanya.

Kedua-dua calon itu; Shahir Adnan dan Dato’ Jonathan Lim merupakan calon daripada Parti Ikatan yang bersama-sama dengan Gagasan Sejahtera.

Leave a Response