Tun Mohon Maaf Tapi Dakwa Dia Tidak Terlibat Pembunuhan Memali

share on:

Tun Mohon Maaf Tapi Dakwa Dia Tidak Terlibat Pembunuhan Memali 

Oleh: Nurul Mazlan

Mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam membuat permohonan maaf secara terbuka kepada anggota keluarga yang terkorban dalam peristiwa Memali ketika pentadbirannya 33 tahun lalu.

Permohonan maaf itu dibuat ekoran kata-kata beliau yang mendapat kecaman netizen selepas berkata mangsa Mamali sebagai mati katak.

Anak penduduk kampung yang terkorban, Mohamad Zuhdi Mat Piah turut meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Mahathir di Facebook dengan menyifatkan kata-kata Mahathir sebagai “celaka” dan “kurang ajar”.

Tun M menyatakan bahawa kadang-kadang dirinya tersilap kata dan memohon maaf sekiranya mencetuskan kemarahan daripada beberapa pihak.

“14 mangsa yang terkorban dalam tragedi berdarah Memali pada 1985 sebagai mati katak.

“Amanat Hadi” oleh presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang pada 1981 menjadi punca berlakunya peristiwa hitam itu,” demikian ucap beliau dalam video kontroversi yang mendapat kecaman netizen.

Peristiwa Memali menyaksikan pertempuran penduduk kampung yang dipimpin oleh Ustaz Ibrahim Libya dengan pasukan keselamatan dari ahli PAS yang berlaku di Baling.

Sementara itu, Mahathir membuat kenyataan bahawa ianya berpunca dari Tuan Guru Haji Hadi yang terlebih dahulu menuduhnya terlibat dengan kematian 14 penduduk kampung dan 14 anggota polis tersebut dan beliau serta mengkafirkan UMNO.

“Sebab itu saya perlu jawab. Mungkin perkataan saya itu terkasar tetapi saya minta maaflah kepada keluarga yang terlibat dengan kematian di Memali,” katanya.

Sehubungan itu, Mahathir mengatakan peristiwa Memali tidak akan berlaku jika Tuan Guru Haji Hadi tidak menyebutkan bahawa jika melawan kerajaan adalah mati syahid.

“Ia berlaku kerana kepercayaan apabila membunuh polis kerajaan kita mati syahid, sedangkan dalam al-Quran terang dikatakan kita tak boleh membunuh…,” katanya.

Mahathir walaubagaimanapun menyalahkan dan memarahi Tuan Guru Haji Hadi dan mendakwa TGHH adalah punca utama dan beliau sama sekali tidak terlibat.

“Ini tindakan polis, sekali lagi saya mohon maaf,” katanya.

Tags:

Leave a Response