Tiga Penjuru Menguntungkan Rakyat: Anak Muda Celik Manifesto

share on:

Tiga Penjuru Menguntungkan Rakyat: Anak Muda Celik Manifesto

Oleh: Aishah Halim

Satu wacana bertajuk ‘Tiga Penjuru: Siapa Dapat Manfaat’ telah diadakan di Dewan Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam menampilkan wakil dari Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Gagasan Sejahtera (GS) 2 Mei lalu.

Pengarah Strategi Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Syahir Sulaiman mewakili Gagasan Sejahtera menjelaskan analisis yang telah dijalankan iaitu membandingkan manifesto daripada ketiga-tiga penjuru.

Melalui analisis tersebut, manifesto BN yang mencecah 222 muka surat menyediakan 14 teras dan pelbagai program yang meliputi rakyat daripada Sabah sehingga ke Perlis.

Adapun PH di dalam lebih 200 muka surat manifestonya, menjanjikan 5 teras utama dan lebih 100 janji.

Beliau merumuskan bahawa manifesto BN bersifat inclusive manakala manifesto PH bersifat reformasi.

Seterusnya beliau menjelaskan secara ringkas berkaitan manifesto yang dibawa oleh PAS.

“Manakala PAS, Gagasan Sejahtera (GS). Kami tawarkan manifesto ini ada dua peringkat.

“Peringkat pertama ada
9 Teras, 20 tawaran utama.

“Peringkat kedua ada
84 inisiatif tawaran khusus untuk 12 kelompok masyarakat,” kata Beliau.

Tambahnya lagi, walau siapapun yang memimpin, meskipun bukan daripada ketiga-tiga parti tersebut, mereka tetap akan melaksanakan hal yang sama kerana perkara tersebut merupakan tanggungjawab kerajaan.

“Saya nak sebut bahawa BN, Pakatan dan PAS, dalam konteks program, teras- teras manifesto sama. Kerana ia merupakan tanggungjawab kerajaan,” katanya.

Seterusnya, beliau membuka minda penonton berkaitan keperluan rakyat yang tidak ditawarkan di dalam Manifesto BN sekaligus mengurangkan kredit terhadap BN.

Perkataan GST tidak dinyatakan walaupun sekali. Adakah BN mahu mengekalkan, menaikkan atau menurunkan kadar GST.

Beliau berseloroh, kemungkinan Dato Ahmad Maslan terlupa untuk berpesan kepada Dato Seri Najib.

Manakala berkaitan rasuah, BN tidak kelihatan bersungguh berikutan hanya sekali sahaja yang disebutkan.

“Itu pun untuk mewujudkan kerajaan digital bagi mengurangkan rasuah meminimumkan ketirisan,” ujar Beliau.

Selain itu, berkaitan monopoli tidak disebutkan langsung meskipun sudah dibuktikan bahawa perkara tersebut merupakan sebab kepada kenaikan harga barang yang membebankan rakyat.

Kesimpulannya, daripada perbandingan manifesto tersebut, BN berada dibelakang.

Manakala daripada konteks integriti pelaksanaan dan memimpin, PAS terkehadapan berbanding BN dan PH.

Tags:

Leave a Response