Pertubuhan Ilmuan Malaysia : DAP Mastermind Pakatan Harapan

share on:

Pertubuhan Ilmuan Malaysia : DAP Mastermind Pakatan Harapan

Oleh: Faris Mahfuz

Setiausaha Agung Pertubuhan Ilmuwan Malaysia, Ahmad Fazrin Yahaya mendakwa semakin ramai pemimpin parti terutamanya Pakatan Harapan yang dikuasai oleh Democratic Action Party (DAP) mengambil kesempatan menggunakan modal politik ‘kebencian’ terhadap bangsa dan agama.

Beliau menyatakan perasaan dukacita terhadap perpecahan parti Melayu dan Islam dalam pentas politik negara di mana mereka telah menjadi boneka kepada DAP dan ada antara pimpinan mereka mengeluarkan kata-kata kesat berbaur fitnah sepanjang tempoh berkempen berlangsung.

“Tidak kiralah siapa pun pemimpin negara, naiklah siapa pun waima seorang alim ulama dan adil, mereka (parti bukan Islam) akan berusaha untuk menjatuhkan pemimpin negara.”

“Sebagai contoh dalam gabungan pembangkang PKR itu sendiri, kita nampak DAP parti yang berkuasa, bukannya PKR (walaupun guna logo) kerana PKR itu adalah kuda tunggangan semata-mata,” kata beliau.

Beliau menasihati para pimpinan Melayu Islam supaya bersatu dan komited dalam mengalas tanggungjawab untuk membina negara, agama dan bangsa. Bukannya untuk kepentingan peribadi.

 

Tags:

Leave a Response