Mantan Pengarah Hospital Calon PAS Kuala Langat

share on:

Mantan Pengarah Hospital Calon PAS Kuala Langat

Oleh: Faris Mahfuz

Calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Yahya Baba yang merupakan mantan Pengarah Hospital Klang telah menjadi rujukan penduduk bagi masalah kesihatan semasa fasa kempen berjalan.

“Bagi saya itu penting, bukan sebab nak raih undi sahaja, raih undi soal kedua.

“Jika kita datang dan dapat sahkan penduduk sakit apa mungkin kemudian kita akan suruh pesakit rujuk ke hospital dan klinik kesihatan supaya mendapat perkhidmatan terbaik.

“Sebenarnya bukan soal hendak berkempen tetapi soal kesihatan antara perkara utama dilihat sepanjang berjumpa pengundi,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada wartawan semasa program Walkabout Ziarah Masyarakat di sekitar Kampung Tampoi, Jugra. Turut bersama isteri, Datin Dr Siti Ropeah Yusoff dan calon Pas bagi Dun Morib, Dr Mohammad Sallehuddin Hafiz.

Mereka tidak sangka sokongan masyarakat kampung kepada parti PAS amat positif.

 

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/prihatin-kesihatan-pengundi-1.830459

Tags:

Leave a Response