Daim, Rafidah Dan Rais Dipecat Keahlian Oleh UMNO

share on:

Daim, Rafidah Dan Rais Dipecat Keahlian Oleh UMNO

Oleh: Faris Mahfuz

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menandatangani surat pemecatan dan telah dihantar kepada tiga pemimpin veteran yang lantang mengkritik parti itu iaitu Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim.

“Automatiknya (dipecat), saya sudah hantar surat dan (mereka) digugurkan sebagai ahli Umno. Surat saya dah arahkan semalam.

“Saya selidik dahulu, saya setiausaha agung yang tak suka dengar cakap-cakap orang. Tapi bila saya dah dapat gambar, baru saya suruh keluarkan surat,” kata beliau.

Daim, Rafidah dan Rais sebelum ini secara terbuka menyatakan sokongan mereka kepada Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, Rafidah dan Daim juga muncul dalam program kempen dan ceramah PRU14 anjuran PH.

http://www.sinarharian.com.my/politik/umno-gugurkan-keahlian-daim-rais-dan-rafidah-1.830474

Tags:

Leave a Response