PKR arah penyokong berkecuali di Kuala Balah dan Tawang

share on:

PKR arah penyokong berkecuali di Kuala Balah dan Tawang

PKR negeri mengarahkan semua penyokongnya yang mengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah dan Tawang supaya berkecuali ataupun merosakkan kertas undi mereka semasa hari pengundian minggu hadapan.

Pengerusi PKR negeri, Ab. Aziz Ab Kadir berkata, ini berikutan pencalonan wakil mereka yang telah ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari penamaan calon baru-baru ini.

“Undi untuk DUN ini kita kena berkecuali atau beri undi rosak,” katanya semasa sidang akhbar di Pejabat Perhub-ungan PKR negeri di sini hari ini.

Beliau yang juga calon PKR bagi DUN Melor hadir bersama hampir kesemua calon parti itu yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) di negeri ini.

Dua calon kerusi Parlimen yang hadir ialah Che Ujang Che Daud (Pasir Mas) dan Dr. Muhammad Fauzi Zakaria (Tanah Merah) manakala baki kerusi DUN pula adalah Datuk Wan Rosdi Mat Rasik (Pengkalan Kubor); Ismail Mo-hamad (Selising); Mohd Redzuan Alias (Temangan); Othman Yusoff (Nenggiri) dan Noraini Husain (Paloh).

Pada hari penamaan calon Sabtu lalu, dua wakil PKR iaitu Mohd Azihan Che Seman yang sepatutnya bertanding di DUN Tawang tidak layak kerana masalah alamat manakala Dr Mohd Hafidz Rizal pula hilang peluang bertanding di DUN Kuala Balah kerana muflis. – UTUSAN ONLINE

http://m.utusan.com.my/berita/politik/pkr-arah-penyokong-berkecuali-di-kuala-balah-dan-tawang-1.662578

Leave a Response