Pemimpin Elak Perselisihan Demi Rakyat

share on:

Pemimpin Elak Perselisihan Demi Rakyat

SIK 4 Mei – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan semua pemimpin parti tidak menimbulkan sebarang perselisihan sesama sendiri terutama ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) cuma berbaki lima hari.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sebarang persengketaan itu bukan sahaja memburukkan nama parti malah dibimbangi menimbulkan persepsi tidak baik dalam kalangan rakyat.

“Saya dapat laporan banyaklah. Fikirkan tentang pemilihan kemudian, bagi menang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dulu. Jangan dok cerita tentang bab pemilihan.

“Orang bukan benci UMNO mereka benci pemimpin dok bergaduh. Pemimpin pakatlah elok-elok,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bersama Warga Pendidik dan Rakyat Daerah Sik di Dewan Al Hana di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid; Ketua UMNO Bahagian Sik yang juga calon Barisan Na-sional (BN) Parlimen Sik, Dr. Mansor Abdul Rahman; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN); Datuk Md. Rozai Shafian; calon BN DUN Belantik, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah dan DUN Jeneri, Mahadzir Abd. Hamid.

Berucap lanjut katanya, beliau mengimbas tentang kekalahan Barisan Nasional (BN) di Kedah pada PRU 2008 turut diakibatkan perselisihan sesama pemimpin yang membawa sabotaj dalam parti .

“Dalam keadaan begini dalam PRU terdahulu dan terdahulu kecundangan yang berlaku di Kedah bukan kerana pihak lawan kuat bukan kerana rakyat mahukan lawan.

“Rakyat tahu pihak lawan tak boleh lakukan yang lebih baik,” katanya.

Beliau turut menasihatkan agar semua pemimpin parti termasuk calon berhati-hati dengan cubaan pihak tertentu untuk memporak-perandakan mereka sesama sendiri. – UTUSAN ONLINE

 

Tags:

Leave a Response