Netizen Mengamuk Isu “Mati Katak”

share on:

Netizen Mengamuk Isu “Mati Katak”

Semalam, Tun M dengan bangganya menyelar mangsa-mangsa Memali mati katak. Tragedi Memali adalah sebuah peristiwa berdarah pada tahun 1985 yang menjadi sejarah hitam ahli-ahli PAS dimana menyaksikan 14 orang terkorban syahid.

Melihat kepada rakaman video calon PM Pakatan Harapan itu, Tun M seolah-olah menghina dan memperlekeh mangsa Memali dalam ceramahnya di Lembah Pantai malam tadi.

“Bukan mati syahid, tapi mati katak,” ujar Tun M disambut dengan gelak tawa hadirin.

Ayat tersebut mendapat pelbagai kecaman daripada netizen.

Terdahulu, Tun M juga menggelar Presiden PAS sebagai kafir dan munafik.

Dalam masa yang sama, Tun M juga dilihat sering menyerang dan memfitnah PAS dalam setiap ceramahnya bahawa PAS menerima duit rasuah UMNO sambil mengungkit kembali kisah Amanat Haji Hadi yang berlaku pada tahun 1982.

 

Tags:

Leave a Response