Mat Sabu Bercerita Keterujaan Beliau Naiki Jet Peribadi Di Hadapan Penyokong PH

share on:

Mat Sabu Bercerita Keterujaan Beliau Naiki Jet Peribadi Di Hadapan Penyokong PH 

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

Keterujaan Mat Sabu menaiki jet peribadi Tun M jelas dilihat apabila beliau sendiri menceritakannya ketika berceramah di Dusun Raja Kota Bharu malam tadi dengan dihadiri lebih kurang 50 orang penyokong.

“Semalam saya naik jet dia (Dr Mahathir) sekali, daripada Subang pergi ke Kuantan, dia tidur saya tak tidur sebab nak tengok naik jet macam mana, kita tak pernah naik tak pernah tengok, bila jet naik 20 minit sahaja sampai Kuantan.

“Tun Dr Siti Hasmah Ali tidur, Tun Mahathir tidur, saya duduk tengok merata sepanjang penjalanan. Jadi benda macam ini kita tak boleh sangka,” katanya.

Tambahnya, beliau tidak menyangka boleh bekerjasama dengan Dr Mahathir yang merupakan musuhnya dahulu.

Kononya, keadaan itu berubah bila beliau bersama pimpinan PH dan Dr Mahathir bergandingan menentang Barisan Nasiobal (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Kadang-kadang kita rasa putus asa (nak berjuang lawan BN) tapi bila datang nak menang ini mudah sahaja tuhan tentukan.

“Saya sendiri tak pernah sangka nak duduk sebelah Tun Mahathir sekarang, saya dengan Tun Mahathir macam tengah bercinta,” katanya.

Tindakannya itu telah mengundang spekulasi yang mengatakan PAS bergabung dengan BN.

Walhal, kerjasama itu melibatkan parti Amanah (PAN), PKR, DAP dan tidak melibatkan PAS.

Sehingga hari ini, PAS kekal dengan perjuangannya melawan korupsi Umno, buktinya PAS turut menempatkan calon bertanding dengan BN di mana, PKR tidak menghantar calon di sana.

Turut dinyatakan, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man semalam mengecam kenyataan Presiden PKR dalam ceramahnya di Indera Mahkota Kuantan Pahang bahawa calon PAS menarik diri daripda pencalonan untuk DUN Rantau bagi mrmberi laluan kepada calon BN.

Leave a Response