Mahathir Kempen Naik Jet Peribadi, Jet Siapa Punya? Soal Idris

share on:

 

Mahathir Kempen Naik Jet Peribadi, Jet Siapa Punya? Soal Idris

Oleh: Faris Mahfuz

Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Hj Idris Hj Ahmad meminta Pakatan Harapan (PH) menjawab soalan yang dikemukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang berkenaan sumber kewangan PH.

“Belanja mewah, naik jet peribadi. Rakyat hendak tahu, Jet siapa punya? Kalau hak sendiri, cukup ka setakat duit pencen. Kalau hak kawan atau tauke, rakyat pun hendak tahu.

“Siapa yang murah hati sangat. Seperti rakyat hendak tahu dermawan Arab mana yang murah hati bagi RM2.6 B pada DS Najib.

“Kalau pemimpin BN, semua orang sudah tahu dah, perangai pemimpin BN menggunakan harta kerajaan musim kempen PRU. Ia amalan turun temurun. Masalahnya pemimpin PH ambil duit mana? Mewah sangat ni.” tulis beliau.

Beliau menegaskan seandainya perjuangan PH sekadar untuk jatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi penggantinya bakal menindas rakyat maka tidak ada maknanya.

Beliau juga menyeru rakyat Malaysia supaya mengundi PAS kerana PAS akan mengubah sistem negara dan bukannya sekadar nak ubah orangnya sahaja.

 

Tags:

Leave a Response