Jamal Menawarkan Mercedes Benz Percuma Dan RM 2000 Setiap Nelayan?

share on:

Jamal Menawarkan Mercedes Benz Percuma Dan RM 2000 Setiap Nelayan?

Oleh: Faris Mahfuz

Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos telah meraikan warga Sekinchan dengan konsert percuma, makanan percuma dan peluang memenangi motosikal, selain wang tunai RM25,000 dalam kempennya untuk menarik pengundi kawasan berkenaan yang disandang DAP pada 30 April 2018.

Beliau berjanji untuk memberikan hadiah Mercedez Benz C200 sebagai hadiah utama dalam ‘konsert’ seterusnya. Beliau turut berjanji untuk memberikan RM 2,000 setiap seorang nelayan kawasan berkenaan sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada PRU-14.

Kemudian, seorang ahli Democratic Action Party (DAP) telah membuat aduan polis pada 1 Mei 2018 dan mendakwa tindakan beliau tersebut boleh disamakan dengan membeli undi.

“Mereka nak buat seribu atau dua ribu laporan polis, saya tak ada masalah (dengan itu). Apa yang penting bagi saya adalah memperkenalkan pengundi dengan calon (BN).”

“Tak ada 10 sen pun dari calon, dari BN, Umno atau komponen parti BN (diberi kepada pengundi). Semuanya daripada penaja,” ujar beliau dalam sidang media di Sekinchan pada 2 Mei 2018.

Tags:

Leave a Response