Hadi : PAS Telah Desak RCI Untuk 1MDB

share on:

Hadi : PAS Telah Desak RCI Untuk 1MDB

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

Media berat sebelah yang tidak menyiarkan ulasan pihak PAS berkenaan Isu 1MDB, Felda, Forex, skyhawk, BMF, Tabung Haji, KWSP dan sebagainya menjadi penyebab ‘Melayu Mudah Lupa’ akan pendirian PAS berkenaan isu tersebut.

Demikian menurut Hadi Awang sambil menyifatkannya sebagai taktik politik ayam.

” Dalam parlimen kita sebut isu felda, kita sebut isu 1MDB kita minta Suruhanjaya Diraja RCI siasat tapi ucapan kita tak disiar oleh media.

” Tak puas hati lagi PAS jumpa Dato’ Sri Najib depan-depan, dia zalim kita kata zalim, dia betul kita kata betul,” ulas beliau.

Namun, tindakan tersebut dijadikan modal manipulasi media dengan menyatakan kononya PAS bergabung dengan Umno.

Tambahnya, taktik politik jual ubat itu langsung tidak masuk akal sedangkan PAS bertanding untuk lawan Umno, buktinya ada tempat yang hanya PAS dan Bn sahaja yang bertanding.

9 Mei 2015 lalu, Tuan Guru telah memberi respon dan mendesak kerajaan untuk membentangkan hasil siasatan kepada ahli parlimen serta menggesa kerajaan mengemukakan penyelesaian berkesan.

Seterusnya semasa pembentangan bajet 2016 di dewan rakyat pada 26 Oktober 2015, Tuan Guru sebagai ahli parlimen marang mengambil peluang untuk mengkritik dan menegur kelemaham tatakelola pentadbiran kewangan negara serta penguatkuasaannya dalam menyelesaikan masalah 1MDB.

Hal sama diteruskan lagi semasa sesi perbahasan rang undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 pada 7 April 2014 di Dewan Rakyat.

Petikan Ucapan perbahasan dan soalan-soalan di Dewan Rakyat Ini dapat diikuti pada 17 Mei 2016 soalan No.137 , Tuan Guru mempersoalkan tindakan kerajaan terhadap cadangan PAC dan Laporan Audit Negara.

Politik Matang dan sejahtera bukan sekadar menyerang tapi turut memikirkan jalan keluar akan permasalahan isu ini kerana siapa pun yang bakal memegang tampuk pimpinan ini terpaksa menanggung bebanan hutang interest 1MDB sebanyak 1.8 billion setahun.

Tags:

Leave a Response