Takiyuddin: Pendirian PAS Jelas Berkenaan 1MDB

share on:

Takiyuddin: Pendirian PAS Jelas Berkenaan 1MDB

Oleh : Ibnu Kamal

1Malaysia Development Berhad atau dengan singkatannya 1MDB menjadi isu yang cukup hangat diperdebatkan oleh pihak pembangkang dan pihak kerajaan dengan hujahnya masing-masing.

Dalam masa sama, ada juga pihak yang cuba memfitnah PAS seolah-olah mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hal tersebut.

Berikutan perkara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengingatkan rakyat Malaysia untuk meneliti sebaik mungkin setiap ucapan yang yang dikeluarkan pimpinan PAS, khususnya presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan bekas Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Haron Din.

“Kenyataan yang dikekuarkan oleh kedua-dua pemimpin terbabit(TGHH dan TGHD) bukan bermaksud mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sebaliknya dengan jelas meminta pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan siasatan rapi berhubung dakwaan terhadap Najib,” katanya.

1MDB menjadi isu yang cukup kontroversi sehingga ke hari ini kerana masih belum ada bukti yang betul-betuk kukuh membabitkan penyelewengan 1MDB sehinggakan berlaku pertelingkahan yang cukup dahsyat bagi ketiga-tiga pihak.

 

Leave a Response