“Tak payah nak bersunat, tak payah syahadah, kata aku masuk parti PAS, maka Islamlah”

share on:

“Tak payah nak bersunat, tak payah syahadah, kata aku masuk parti PAS, maka Islamlah”

Tun Mahathir mendakwa Abdul Hadi bersifat Munafik apabila PAS bekerjasama dengan Umno sepertimana yang dipetik dalam laporan terbaru akhbar Harian Metro.

Laporan akhbar tersebut memetik Tun M berkata dulu Hadi pernah memarahi UMNO dan kafirkan parti itu namun, sekarang berkata sebaliknya; tidak pernah kafirkan pula.

“Kita lihat Abdul Hadi banyak berbohong, mungkir janji dan khianati amanah.

“Beliau umpan semata-mata untuk undi dengan kata kalau tidak masuk PAS maka kafir,”

“Bila sudah ada kerjasama ini, maka UMNO Islam baliklah, bagi Hadi senang saja nak Islam, tak payah nak bersunat, tak payah syahadah, kata aku masuk parti PAS, maka Islamlah

“Dalam PRU-14 ini pelik, sebab nampak bendera PAS dan BN cukup kaya. Dulu ketika Mat Sabu (Mohamad Sabu) dalam PAS, dia kata nak pasang bendera kena panjat pokok kelapa.

“Sekarang tak payah, boleh upah orang sebab PAS duit banyak, nak bawa bendera, upah seorang RM10. Nak kaya sekarang jadi kontraktor pasang bendera,’ katanya.

Ucapan tersebut dinatakan ketika berucap pada Sesi Santai Negarawan di FELDA Bukit Goh di Kuantan, hari ini.

Leave a Response