Presiden KERABAT Seru Sokong PAS Untuk Bela Nasib Tentera

share on:

Presiden KERABAT Seru Sokong PAS Untuk Bela Nasib Tentera

Oleh: Faris Mahfuz

Presiden Kelab Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera (KERABAT), Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar menyatakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah meletakkan 24 calon veteran tentera berbanding hanya empat veteran pada PRU-13.

“Dengan ini, kita menggesa rakyat terutamanya veteran, isteri dan anggota tentera memberi sokongan kepada calon berkenaan, memandangkan golongan inilah bakal membawa aspirasi tentera.

“Jikalau diberi mandat, veteran tentera yang menjadu calon PRU inilah akan bercakap di Parlimen sebagai pembawa dasar dan perubahan yang membawa kebaikan kepada tentera,” ujar beliau.

Beliau menegaskan bahawa parti lain tidak mencalonkan veteran tentera sebagaimana PAS. Maka, beliau mengharapkan anggota tentera dapat mengundi PAS pada PRU-14.

Tambahan pula, PAS akan mewujudkan bandar baharu veteran dan juga memiliki tawaran baik untuk memperjuangkan hak golongan itu, antaranya 5,000 ke 10,000 unit rumah kepada veteran dan balunya sekiranya PAS diberikan mandat pada PRU-14.

Beliau berkata demikian dalam sidang media PRU-14 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut pada 1 Mei 2018.

Leave a Response