PH Retak: Lebih 70 Anggota PKR Termasuk Ketua Pemuda Keluar Parti

share on:

PH Retak: Lebih 70 Anggota PKR Termasuk Ketua Pemuda Keluar Parti

Oleh: Faris Mahfuz

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Asrol Sani Abdul Razak bersama lebih 70 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut berada dalam Majlis Pimpinan PKR negeri pada 1 Mei 2018 telah mengumumkan keluar PKR serta merta selepas kecewa dengan kelemahan pentadbiran parti itu di peringkat negeri yang diketuai Datuk Mansor Othman.

Timbalan Ketua AMK Pusat, Dr Afif Bahardin mendakwa tindakan itu disebabkan PKR memberi laluan kepada BERSATU di beberapa kerusi seperti di Bertam, di mana Asrol Sani adalah penyelaras.

“Kepimpinan memutuskan berdasarkan apa yang terbaik untuk parti, dan bukan kepentingan individu.

“Biasalah orang tengah marah akan cakap macam- macam, dia ada masalah di sana (Bertam) dan kecewa sebab tidak dapat jadi calon sebab kita putuskan wakil BERSATU lebih layak bertanding di situ,” kata beliau.

Dr Afif Bahardin merupakan calon PKR di kerusi DUN Seberang Jaya.

Beliau menegaskan bahawa tindakan berkenaan tidak akan menjejaskan PKR di Bertam.

Leave a Response