Wan Rohimi : Clare – Sarawak Report Diarah Mahkamah Bayar RM 155,000

share on:

Wan Rohimi : Clare – Sarawak Report Diarah Mahkamah Bayar RM 155,000

Oleh: Faris

KUALA LUMPUR: Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown telah diperintahkan oleh mahkamah United Kingdom (UK) supaya membayar denda sebanyak £28,900 (RM 155,790) kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diwakili oleh peguam Presiden PAS.

Dalam status Facebook, Wan Rohimi Wan Daud berkata Mahkamah Tinggi London telah memutuskan keputusan muktamad berkenaan saman atas tuduhan fitnah oleh pihak Hadi di UK.

“TGHH telah memenangi kelima-lima tuduhan tersebut! Sarawak Report dikehendaki membayar denda berjumlah £28,900,” tulis beliau dalam status Facebook.

Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah dihubungi dan telah menyatakan kepada New Straits Times Press yang mana mereka (PAS) telah “menerima berita gembira” daripada London.

“Ya, kami telah menerima berita gembira. Perincian yang terperinci akan dinyatakan dalam kenyataan akhbar New Straits Times Press esok (Selasa),” ujar beliau.

TGHH telah mengfailkan saman terhadap Rewcastle-Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April 2017 berkenaan artikel daripada Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang menuduh TGHH (PAS) menerima RM90 Juta untuk digunakan bagi membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN).

https://www.nst.com.my/news/nation/2018/05/364043/lawyer-sarawak-report-ordered-pay-rm155k-hadi-london-court-over

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/menang-saman-fitnah-maruah-pas-kini-pulih-174233

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1689890867766185&id=1547463632008910

Leave a Response