Mat Sabu Akui Rakyat Terengganu Sukar Terima PH

share on:

Mat Sabu Akui Rakyat Terengganu Sukar Terima PH

Oleh: Faris Mahfuz

Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendakwa bahawa Pakatan Harapan tidak mempunyai jentera sekuat Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau turut menyatakan bahawa PAS merupakan cabaran terbesar buat PH di Terengganu.

“Sebab di sini majoritinya Melayu, jadi orang Melayu ini masih lagi takut dengan Pakatan Harapan.”

“Masih sukar dan kena bekerja lebih kuat sebab ombak di Terengganu ini agak lambat berbanding dengan negeri-negeri lain, tetapi harapan ada,” kata beliau.

Beliau menegaskan bahawa rakyat Terengganu sudah didoktrin sejak sekian lama berkenaan keburukan PH memerintah dibimbangi Democratic Action Party (DAP) akan menguasai negara.

Beliau berkata demikian selepas ceramah di Padang Astaka, Dungun, bersama Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.

Leave a Response