Hadi Kalahkan Sarawak Report? Landskap Tsunami Melayu Bakal Terbentuk?

share on:

Hadi Kalahkan Sarawak Report? Landskap Tsunami Melayu Bakal Terbentuk?

Oleh : Ibnu Kamal

Netizen terus menantikan keputusan Sarawak Report samada Hadi menang ataupun tidak.

Terbaru, menurut peguam beliau, Wan Rohimi, Hadi telah memenangi kesemua lima permohonan interlokutori dan Sarawak report diperintahkan untuk membayar keseluruhan kos bernilai £28,900.

Oleh itu, kenyataan tersebut menjadikan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memenangi kes.

Terdahulu, Hadi telah memfailkan saman fitnah pada April 2017 di Mahkamah Tinggi London berikutan artikel ditulis Rewcastle Brown yang disiarkan Sarawak Report bertarikh 6 Ogos 2016, mendakwa bahawa RM90 juta telah dimasukkan ke dalam akaun pumpinan PAS.

Sekiranya Sarawak Report terpaksa akur dengan tindakan dari pihak PAS maka ianya memberikan kesan kepada persepsi yang terbentuk selama ini.

Adakah ianya akan membentuk satu gelombang tsunami Melayu ekoran berang dengan tindakan Sarawak Report yang mencalitkan persepsi negatif terhadap parti yang dipimpin oleh tokoh ulamak tersebut?

Leave a Response