Fitnah 90 Juta: PAS Adakan Sidang Media Jelas Keputusan Terbaru

share on:

Fitnah 90 Juta: PAS Adakan Sidang Media Jelas Keputusan Terbaru

 

Perkembangan terbaru kes saman 90 juta melibatkan Presiden PAS dan Sarawak Report terus menjadi tumpuan hari ini ekoran keputusan terbaru yang diterima semalam.

 

Setiausaha politk Hadi Awang, Dr Samsuri hari ini membacakan kenyataan media menjelaskan perkembangan baik dari mahkamah London.

 

Beliau bersama peguam merangkap Setiausaha PAS, Dato’ Takiyuddin dan juga Naib Presiden PAS, Dato’ Ibrahim Tuan Man turut bersama dalam sidang media yang diadakan secara langsung jam 2 petang tadi.

 

Kenyataan penuh sidang media adalah seperti berikut:

 

KENYATAAN MEDIA

1 May 2018,

Terengganu, Malaysia

 

(1) SAMAN FITNAH DATO SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG – MAHKAMAH MENOLAK PEMBELAAN “KEBENARAN (TRUTH)” SARAWAK REPORT DAN PERMOHONAN DEFENDAN UNTUK MEMINDA PEMBELAAN

 

(2) MAHKAMAH MEMERINTAHKAN CLARE REWCASTLE-BROWN UNTUK MEMBAYAR KOS GUAMAN SEBANYAK £41,400 (( RM 227,700.00) KEPADA DATO SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG

 

Merujuk kepada sesi pendengaran yang berlangsung selama 4 jam di hadapan Mr Justice Dingermans di Mahkamah Tinggi di London pada 30 April 2018, Mahkamah dengan rasminya menolak keseluruhan pengakuan kebenaran Clare Rewcastle-Brown (dengan erti kata lain, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi mempunyai asas yang kuat untuk terus mengemukakan saman terhadap defenden).

 

Sebagai tambahan, Clare Rewcastle-Brown juga telah secara rasmi meninggal-biarkan (abandoned) permohonannya untuk meminda pembelaan “kebenaran” beliau bagi  menggunakan rakaman audio satu kenyataan yang didakwa dibuat oleh Ustaz Nik Abduh, iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan juga bekas Ahli Parlimen kawasan Pasir Mas. Defendan memberi gambaran bahawa beliau akan cuba dan berhasrat untuk mengemukakan lagi draf pembelaan berkenaan rakaman audio – di mana ini adalah cubaan ketiga bagi pembelaan “kebenaran” nya.

 

Hakim juga menolak cubaan memperlewatkan oleh Defendan bagi memohon perintah Mahkamah supaya diadakan perbicaraan berasingan terhadap persoalan sama ada pembaca Sarawak Report memahami artikel berkaitan adalah merujuk pada Dato Seri Tuan Guru.

 

Pasukan Peguam Tuan Guru menolak cadangan ini, yang dilihat hanyalah sebagai cubaan Defendan untuk lari dari membawa isu sebenar kes dalam perbicaraan.

Defendan juga diarahkan untuk membatalkan cubaannya untuk menolak tuntutan Tuan Guru berkaitan persoalan rujukan.

 

Perkembangan positif ini menggambarkan bibit-bibit kekalahan bagi Defendan. Hal ini juga ditunjukkan melalui perintah Hakim untuk Defendan membayar £41,400 (( RM 227,700.00) sebagai kos bayaran guaman Tuan Guru yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari.

 

Walaupun berdepan dengan kelewatan perkembangan kes ini, Dato Seri Tuan Guru berpuashati, bahawa semalam Hakim telah mengambil langkah tegas pengurusan kes dan menentukan tarikh yang tetap, iaitu perbicaraan yang akan diadakan  pada awal April 2019.

 

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR

Setiausaha Politik kepada Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1689997281088877&id=1547463632008910&ref=m_notif&notif_t=feed_

 

https://www.nst.com.my/news/nation/2018/05/364043/lawyer-sarawak-report-ordered-pay-rm155k-hadi-london-court-over

 

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/menang-saman-fitnah-maruah-pas-kini-pulih-174233

 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1689890867766185&id=1547463632008910

Leave a Response