Tan Sri Khalid Tempelak Hanipa Maidin Perlekeh Undi Orang PAS

share on:

Tan Sri Khalid Tempelak Hanipa Maidin Perlekeh Undi Orang PAS

Oleh: Muhd Salman

“Kajian yang saya jalankan, 60 peratus undi yang dia (Hanipa Maidin) dapat (dalam PRU 13) adalah dari kumpulan PAS,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim dalam program Ceramah Umum di Banting, Selangor semalam.

Beliau berkata demikian dalam mengulas jawapan Calon Pakatan Harapan Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin kepada pemberita ketika disoal tentang pertembungan parti-parti di kerusi Parlimen Sepang.

Hanipa menjawab dengan angkuh bahawa rakyat tidak perlu PAS, ini hanya pertandingan antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

“Saya kira, andai 60 peratus ini tidak mengundi dia, bukan kerusi sahaja dia tidak dapat, apa pun dia tidak dapat,” ulas beliau lagi sebagai tempelak kepada Hanipa Maidin dalam ceramah umum itu dihadapan penyokong PAS yang hadir.

Tan Sri Khalid Ibrahim sedang dalam siri jelajah kempen beliau untuk calon-calon PAS yang sentiasa disebut untuk membalas jasa baik PAS kepada beliau sepanjang beliau diberi tanggungjawab memerintah Selangor.

Leave a Response