PAS Yakin Menang Kes Saman Fitnah Sarawak Report

share on:

PAS Yakin Menang Kes Saman Fitnah Sarawak Report

Oleh: Salman Amirruddin

Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang melahirkan keyakinan mampu memenangi kes saman fitnah Sarawak Report yang akan mula perbicaraannya Isnin ini.

Saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown telah difailkan di Mahkamah Tinggi London pada April lalu hasil laporan fitnah Sarawak Report pada 6 Ogos 2017 yang menyatakan sejumlah wang mencecah RM 90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin PAS sebagai usaha UMNO menarik PAS untuk menyokong Barisan Nasional.

“Kita suruh minta maaf dia tidak mahu, kita dah hantar segala dokumen melalui peguam kita dan berdasarkan perkembangan semasa, peluang kita untuk menang saman fitnah ini (ke atas Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown) lebih kurang 80 peratus.

“PAS sudah saman surat khabar ini (Sarawak Report). InsyaAllah, Isnin ini akan mula dibicara dan keputusan mungkin beberapa hari selepas itu.

“Peguam kita di London yang ambil kes ini memberi keyakinan kita akan menang. Dia (Sarawak Report) kena bayar belanja kewangan kita, sebab bukan murah, berjumlah RM1 juta,” katanya dalam Ceramah Perdana Parlimen Marang semalam.

 

Leave a Response