Calon PAS Inderaputra Miliki 2 PhD Serentak

share on:

Calon PAS Inderaputra Miliki 2 PhD Serentak

Oleh: Salman Amirruddin

PAS Pahang meletakkan seorang intelek muslimah yang mesra rakyat sebagai calon PAS di DUN Inderapura iaitu Dr Wan Maseri Wan Mohd.

Beliau mempunyai dua Ijazah Kedoktoran(PhD) dalam bidang Pengurusan dan Sains Komputer.

Intelek muslimah ini juga aktif dalam dunia kebajikan merupakan Pengerusi Rumah Warga Emas Baitul Hanan dan Penasihat Rumah Anak Yatim dan Miskin Dynasti.

Aktiviti ziarah masyarakat merupakan aktiviti yang disusun sepanjang tempoh kempen kali ini.

Dr Wan Maseri Wan Mohd kali ini akan mencabar penyandangnya pada penggal lalu Dato’ Haji Shafik Fauzan Bin Sharif, calon BN merupakan mantan Exco Negeri Pahang, calon PH iaitu Haji Fakhrul Anuar Bin Zulkawi, Penyelaras Parti Keadilan Rakyat DUN Inderapura.

BN melalui tiga kali Pilihan Raya Umum(PRU) yang lalu tidak mendapat majoriti yang memuaskan hanya sekitar 1,944 undi pada PRU 13, 873 undi pada PRU 12.

Selain itu, netizen ternyata menzahirkan kekaguman atas pencalonan beliau sekaligus memuji kewibawaan serta keintelektualan yang beliau miliki.

Leave a Response