PH di DUN Ayer Molek Retak Isu Calon

share on:

PH di DUN Ayer Molek Retak Isu Calon

Oleh: Faris Mahfuz

Naib Ketua BERSATU Bahagian Hang Tuah Jaya, Prof Madya Dr Kamarolzaman Mohd Jidi nekad  bertanding sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek walaupun Pakatan Harapan (PH) telah memutuskan Farhan Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon.

“Dalam proses pemilihan calon pihak pengurusan BERSATU telah melanggar janji.

“Kepimpinan negeri tidak mematuhi perjanjian diamanahkan, patutnya BERSATU memiliki DUN Ayer Molek tetapi apabila culaannya boleh menang tinggi parti lain berebut untuk mendapatkan tempat.

“Akhirnya perundingan mengikut janjinya (DUN Ayer Molek diberikan) kepada parti BERSATU telah dimanipulasi dengan PKR ambil DUN Ayer Molek,” ujar beliau.

Beliau bertanding sebagai calon Bebas dan bakal menghadapi saingan empat penjuru dengan Jantan Abdullah (PAS), Farhan Ibrahim (PKR), dan Rahmad Wariman (BN) di DUN Ayer Molek yang berada dalam Parlimen Hang Tuah Jaya.

Beliau menegaskan pada masa ini beliau masih anggota BERSATU dan tidak akan mengambil keputusan untuk keluar daripada parti itu. Beliau berkata demikian kepada wartawan di Melaka hari ini.

Leave a Response