PAS Kemuka Calon Profesional dan Agamawan Teramai

share on:

PAS Kemuka Calon Profesional dan Agamawan Teramai

Oleh: Asmaa

Gelombang hijau PRU14 semakin rancak selepas kesemua calon PAS yang dilihat mewakili teknokrat sah bertanding selepas sesi penamaan calon semalam.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) buat julung kalinya mencatat rekod dengan jumlah kerusi terbanyak iaitu sebanyak 158 kerusi berbanding PRU13 lalu.

Menariknya, kesinambungan calon PAS dari pelbagai latar belakang memberi signal bahawa PAS serius mewujudkan sistem pentadbiran teknokrat.

Antara calon yang menjadi tumpuan ialah Pakar Aerospace, Dr Samsuri Ahmad Samsuri Mokhtar (N19: Rhu Rendang); Pakar Nuklear, Dr Che Rosli Che Mat (P101: Hulu Langat); Pakar Landskap, Tn. Hj. Fauzi Abu Bakar (P121: Lembah Pantai) dan banyak lagi.

Selain itu, wakil dari Dewan Muslimat PAS juga menampilkan kalangan professional antaranya Dr. Rosni Adam selaku Doktor Pergigian yang sudah mempunyai klinik sendiri.

PAS yang tidak asing lagi dengan kekuatan ahli dari kalangan asatizah turut mengetengahkan tokoh ulamak dan pendakwah terkenal dari pelbagai bidang pengajian sebagai calon bertanding. Antara tokoh pendakwah terkenal ialah Ustaz Dusuki, P108 Shah Alam dan juga Ustaz Zanri Bin Mohd Zainuldin atau lebih dikenali dengan Ustaz Zamri Mantop sebagai calon N08: Sungai Burong.

Manakala, variasi calon anak muda dan ikon sukan, Radhi turut diketengahkan sebagai muka baru calon PAS kali ini.

Calon-calon PAS tersebut mendapat perhatian masyarakat sejak parti itu mengumumkan calon bertanding

Leave a Response