Calon Umno Titiwangsa Tak Setuju Cadangan PAS Mahu Pindahkan Kelab Malam Zouk

share on:

Calon Umno Titiwangsa Tak Setuju Cadangan PAS Mahu Pindahkan Kelab Malam Zouk
Oleh: Kamal

Kuala Lumpur, 29 April – Calon Umno Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani tidak bersetuju dengan langkah PAS untuk memindahkan Kelab Malam Zouk.

Semalam, wakil PAS Titiwangsa telah memberikan cadangan untuk memindahkan Kelab Malam Zouk yang terletak di kawasan penghuni umat Islam.

Menurut beliau, Kelab Malam Zouk yang terletak disitu menyebabkan ia juga turut dikunjungi sebahagian Umat Islam.

“Malaysia sebuah negara berbilang bangsa, dengan orang Melayu, Cina dan India mengamalkan budaya masing-masing.

“Mereka (PAS) tak boleh paksa orang lain ikut apa yang dipercayai bangsa lain,” kata beliau lagi seperti dipetik The Star Online hari ini.

Kenyataan terbaru calon Umno tersebut telah mengundang perasaan yang tidak selesa dan menimbulkan kemarahan di kalangan warga tempatan yang beragama Islam khususnya Titiwangsa .

Seorang penduduk tempatan dari kawasan Titiwangsa, Encik Shahir telah meluahkan rasa kecewa terhadap kenyataan tersebut dengan berkata umat Islam sepatutnya menyokong cadangan dialihkan pusat hiburan tersebut yang tidak mendatangkan manfaat kepada pembangunan insan negara.

Leave a Response