Aktivis Terkenal Jamaah Tabligh Seru Sokong PAS

share on:

Aktivis Terkenal Jamaah Tabligh Seru Sokong PAS

Oleh: Asmaa

Aktivis Terkenal Jamaah Tabligh, Ustaz Muhammad James Baven Al-Almaniy meneru masarakat menyokong calon dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada hari pengundian nanti.

Memetik kenyataan ringkas beliau, Ustaz James berkata satu-satunya parti di Malaysia yang jelas tertulis secara terang dan rasmi perlembagaannya adalah Al-Quran dan Hadis ialah PAS.

“PAS isytihar tukar perlembagaan Al-Quran dan Hadis, MIC pulak isytihar perlembagaan rasminya Al-Quran dan Hadis, nescaya kita pakat masuk MIC ramai-ramai.

“Ditaqdirkan PAS isytihar tukar perlembagaan Al-Quran & Hadis, PKR pulak isytihar perlembagaan rasminya Al-Quran & Hadis, nescaya kita pakat masuk PKR ramai-ramai.

“Inilah sifat para Da’ie Rasulullah SAW. Bukan isu yang mengubah haluan dan pendirian kita, tetapi di mana letaknya Al-Quran dan Hadis,” jelas beliau.

Beliau menambah, Presiden PAS, Abdul Hadi adalah manusia biasa yang tidak maksum (sempurna). Justeru katanya, beliau tidak hairan jika disenaraikan 1000 kesalahan dan kelemahan Hadi.

“Atas prinsip di mana letaknya Al-Quran dan Hadis, bukan kerana isu, maka saya tetap mendokong perjuangan beliau, bukan kerana tubuhnya bernama Abdul Hadi tetapi perlembagaannya.

“Jika tiba masanya berlaku kehancuran parti-parti politik di negara ini, kami para da’ie di dalam jemaah tabligh, akan meneruskan usaha dakwah kami dari lorong ke lorong, pintu ke pintu hingga suasana rumah umat Islam bertukar dari suasana panggung wayang, suasana hotel dan suasana restoran bertukar kepada suasana agama, suasana masjid dan madrasah,” tegasnya.

Tags:

Leave a Response