TSKI Dedah Pernah Didekati Individu DAP Untuk Kacau PAS

share on:

TSKI Dedah Pernah Didekati Individu DAP Untuk Kacau PAS

Oleh: Aishah Halim

Baru-baru ini tular satu video Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan bagaimana tindakan yang diambil DAP kerana tidak menyukai PAS.

Peristiwa tersebut berlaku ketika PAS masih lagi menjadi salah satu daripada komponen Pakatan Harapan.

TSKI pernah menyuruh DAP supaya turut memberi kerjasama dengan PAS ketika memerintah negeri tetapi DAP menolak.

Hal yang demikian adalah kerana bagi DAP, agama tidak boleh dimasukkan dalam bentuk pemerintahan.

Tindakan tersebut jelas bertentang dengan dasar dan prinsip yang menjadi pegangan PAS.

“Syariah ialah asas. Maqasid Syariah ialah asas,” kata TSKI.

Seterusnya, TSKI mendedahkan beberapa tindakan DAP yang tidak menyukai kepimpinan ulama’ dalam PAS.

“Memerintah orang-orang yang dianggap boleh sefikiran dengan dia menguasai kepimpinan PAS.

“Itu berlaku di Kuala Selangor iaitu perhimpunan agung PAS untuk memilih kepimpinan PAS,” tambah beliau.

Selain itu, DAP juga mencadangkan kepada TSKI untuk bersama-sama menaja orang supaya berkempen mengalahkan kepimpinan PAS tetapi TSKI menolak kerana tidak seharusnya mereka mencampuri urusan dalaman parti lain.

Leave a Response